Mengenai Kami




Sama Maju Marine & Industry Sdn. Bhd. (SMMI) ditubuhkan pada tahun 2002. Kami mengkhusus dalam pembuatan dan pengedaran pakaian seragam, bekalan peralatan keselamatan maritim, perkakasan maritim, produk kimia, produk elektrik dan perkhidmatan servis bagi rakit keselamatan dan peralatan pemadam api.

Kilang kami terletak di China, di mana harga yang kompetitif ditawarkan dan pakaian seragam yang berkualiti tinggi dihasilkan kepada rakan kongsi perniagaan kami di Malaysia dan luar negara. SMMI menghasilkan semua jenis pakaian seragam yang mengikut kehendak pelanggan. Kebanyakan pelanggan kami adalah terdiri daripada Industri Maritim dan Minyak & Gas. 

SMMI terus mengiktiraf kepentingan penubuhan produk dan keperluan perkhidmatan. Semua produk SMMI memenuhi syarat International Maritime Organization (IMO) dengan mematuhi piawaian Safety of Life at Sea (SOLAS).

Melalui 3 tahun perkembangan, SMMI telah menjadi sebuah syarikat perdagangan berskala besar di Malaysia dan pengeluar pakaian seragam di China. Ia terdapat dalam senarai teratas berbanding dengan 120 Syarikat Malaysia Perdagangan Barangan Modal Besar. Syarikat kami telah mewujudkan hubungan yang sangat kuat dengan pengeluar produk maritim di China dan Europe. SMMI mempunyai satu kontinjen kakitangan teknikal dan perdagangan yang sangat kuat. SMMI akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada anda supaya kepuasaan anda dapat dicapai dengan sepenuhnya. 

Switch To Desktop Version